Pages

Sunday, November 22, 2015

PEMBELAJARAN : WEB HTML

Pembelajaran seterusnya dalam kursus Aplikasi Komputer ialah web HTML .

Kami perlu mencipta website sendiri .

Berikut adalah cara mencipta website ;



Saya perlu mencipta website sendiri yang mempunyai 4 aspek iaitu - Home Page , Latarbelakang Pendidikan Saya , Keluarga Saya dan Personaliti Diri Saya .

Pembelajaran ini amat menarik bagi saya kerana saya dapat menceritakan melalui penulisan tentang kehidupan saya dan keluarga saya . Semoga saya dapat mengaplikasikan pembelajaran ini pada masa akan datang .

PEMBELAJARAN : MS EXCEL

Through Microsoft Excel , I can learn about autofill and flashfill , text formatting , Simple Vlookup , make a budget's table and produce a graphs with the data obtained from the table .

Autoflash instead of entering data manually on a worksheet , you can use the Auto Fill feature to fill cells with data that follows a pattern or that is based on data in other cells .

Flashfill is feature gives you the ability to take a part of the data entered into one column of a worksheet table and enter just that data in a new table column using only a few keystrokes .

There are some examples of autofill and flashfill learned by me in Microsoft Excel ;



Text formatting capabilities can make the results of your financial , statistical or scientific spreadsheet calculations more esthetically pleasing and easier to follow . You can use one of several Excel themes with predefined font families , color schemes and text fill effects and apply them to the whole spreadsheet . You can also make discrete changes in the text style of individual cells by using the "Font group" options in Excel's "Home" tab ribbon .

 There are some examples of text formatting learned by me in Microsoft Excel ;



Simple Vlookup lets you search for specific information in your spreadsheet . For example , if you have a list of products with prices , you could search for the price of a specific item .

There are some examples of Simple Vlookup learned by me in Microsoft Excel ;



Then last but not least , I make a budget's table and produce a graphs with the data obtained from the table .


PEMBELAJARAN : MS WORD

Pembelajaran pertama saya dalam kursus Aplikasi Komputer ialah Microsoft Office Word .

Saya perlu menghasilkan sebuah buletin atau berita menggunakan format 'booklet' yang mempunyai 4 muka surat dengan tajuk yang menarik . 'Booklet' yang dihasilkan oleh saya bertajuk Masalah Jerebu dan Masalah Pengangguran .

Berikut adalah gambar mengenai 'booklet' yang telah dihasilkan oleh saya ;







Saya dapat menghasilkan sebuah 'booklet' mengenai masalah negara yang dihadapi pada masa kini dengan contoh dan bimbingan daripada pensyarah dan rakan-rakan .

SUBJEK : APLIKASI KOMPUTER EPPD1063

Aplikasi Komputer EPPD1063 adalah salah satu kursus yang perlu diambil oleh saya pada pembelajaran Semester 1 sesi 2015/2016 .

Kursus ini diajar oleh Dr Norazila Bt Mat .

Kursus ini menerangkan tentang pendedahan kepada sistem komputer .



Kursus ini lebih kepada praktikal berbanding teori . Maka , saya dapat belajar mengenai sistem komputer dengan lebih mendalam serta banyak didedahkan dengan penggunaan Microsoft Office seperti Microsoft Word , Excel dan banyak lagi .

Alhamdulillah , walaupun pembelajaran aplikasi komputer ini tidak semudah yang disangka namun melalui pembelajaran ini saya dapat melakukan tugasan sesuatu subjek dengan lebih cepat melalui penggunaan Micrososft Office . Semoga saya dapat mempraktikan kursus ini di dalam alam pekerjaan saya kelak , inshaAllah .

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN DI FEP

Pada pendapat saya , Fakulti Ekonomi dan Pengurusan perlu diinovasikan dan ditambah baik dari segi laluan orang kurang upaya (OKU) ke kuliah atau bilik seminar . Pihak tertentu perlulah menyediakan laluan tertentu untuk memudahkan mereka bagi ke kuliah atau bilik seminar . Bagi saya , penyediaan laluan OKU di fakulti akan menambahkan semangat mereka untuk belajar kerana kemudahan yang lengkap tersedia .

Selain itu , pihak tertentu perlulah menambahkan mesin air minuman di setiap aras bangunan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan serta di setiap selang dewan kuliah . Saya dapati bahawa hanya terdapat satu sahaja mesin air minuman di fakulti ini . Hal ini untuk memudahkan pelajar membeli air minuman dengan kadar segera tanpa perlu keluar ke kiosk makanan semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan .

Seterusnya , pihak tertentu juga perlulah menyediakan mesin tambah nilai (topup) untuk para pelajar . Hal ini dapat membantu pelajar mahupun para pensyarah jika mereka mempunyai sebarang masalah kecemasan dan ketiadaan kredit di dalam baki telefon bimbit untuk membuat panggilan .

Saya juga cadangkan supaya menubuhkan Taman-Taman Hijau di sekitar fakulti . Iaitu dengan menyediakan sebuah kawasan rehat berasakan tanaman dan pokok-pokok semula jadi untuk para pelajar membuat ulangkaji pelajaran ataupun belajar . Hal ini juga dapat mendorong para pelajar supaya menghargai alam sekitar  .

Akhir sekali , saya mencadangkan supaya menambaikan kerusi dan meja di dalam dewan kuliah . Hal ini kerana saya dapati bahawa kebanyakan kerusi di dewan kuliah sudah tiada pelapik duduk .

Semoga apa yang saya cadangkan dipertimbangkan oleh pihak tertentu untuk menambaik kemudahan  di fakulti bagi memastikan para pelajar dan pensyarah selesa dengan persekitaran serta melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran .

AKTIVITI DI FEP

Saya telah menyertai Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM .

Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (PMEFEP) , UKM adalah persatuan berdaftar di bawah Pentadbiran Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) . PMFEP merupakan sebuah badan persatuan pelajar yang ditubuhkan pada 30 Disember 2004 . Persatuan ini ditubuhkan di bawah Akta Universiti & Kolej Universiti, Seksyen 53 (1) , Perlembagaan Universiti (pindaan 1998) .

Penubuhan PMFEP adalah selaras dengan penjenamaan semula nama fakulti menjadi Fakulti Ekonomi & Pengurusan pada 1 April 2004 . Sebelum tahun 2004 , persatuan pelajar telah bergerak mengikut fakulti di mana Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi (PMFE) mewakili Fakulti Ekonomi dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengurusan Perniagaan (PMFPP) mewakili Fakulti Pengurusan Perniagaan .

Matlamat penubuhan PMFEP secara umumnya untuk menjadi badan pelajar yang professional dan peka dengan kebajikan dan keharmonian warga FEP .

Melalui persatuan ini , banyak input yang saya perolehi tentang program pentadbiran perniagaan . Sebelum ini , saya telah ditawarkan untuk menyertai EXCO Kebajikan Kelab Pelajar Tahun Satu dan Kelab Siswa Siswi (KEMSIS) namun saya tidak berkesempatan untuk menyertainya kerana kesibukan peperiksaan dan tugasan kerja yang perlu disiapkan dalam masa terdekat . InshaAllah , saya akan bergiat aktif di dalam PMFEP ini pada tahun dua saya disini .

Saya juga telah menyertai Kelab Pengurusan . Tujuan saya menyertai kelab tersebut adalah untuk mendedahkan diri dengan kursus pengurusan . Tambahan pula , saya akan tetap mengambil jurusan Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) , maka ini dapat memudahkan saya untuk berinteraksi dengan senior-senior kursus tersebut untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang kursus tersebut .

FEP DARI PANDANGAN SAYA

Pada pandangan saya , Fakulti Ekonomi dan Pengurusan merupakan sebuah fakulti yang unik dari segi binaan dan struktur bangunannya berbanding fakulti-fakulti lain . Fakulti ini mempunyai kemudahan yang lengkap seperti surau yang agak besar untuk menampung jumlah pelajar yang ramai , mesin air dan kemudahan lif yang lengkap .

Bangunan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan mempunyai 5 aras yang menempatkan Pusat Hal Ehwal Pelajar , Pusat Ekonomi , Pusat Perakaunan , Pusat Pentadbiran serta bilik-bilik pensyarah . Hal ini memudahkan para pelajar untuk berurusan dengan pensyarah mereka .

Fakulti ini juga bersebelahan dengan Teres Eko Niaga yang menyediakan kiosk perkhidmatan fotostat/print , dan pelbagai kiosk makanan yang menyediakan aneka juadah pilihan kepada para pelajar .

Kiosk makanan di Teres Eko Niaga bersebelahan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan .


Kiosk perkhidmatan fotostat di Teres Eko Niaga bersebelahan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan .

Tambahan pula , fakulti ini berdekatan dengan Bangunan PUSANIKA (Pusat Aneka Kemudahan) UKM dimana dapat memudahkan pelajar untuk berurusan dengan pihak luar tanpa perlu keluar dari universiti .

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN (FEP)

Saya merupakan pelajar Tahun 1 dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dalam bidang Pentadbiran Perniagaan .





Fakulti Ekonomi dan Pengurusan merupakan salah satu fakulti terbaik dalam Universiti Kebangsaan Malaysia kampus Bangi . Fakulti ini dapat menampung sejumlah bilangan besar pelajar sama ada dari dalam negara atau luar negara . Sejarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan , UKM dirintis dengan tertubuhnya Jabatan Ekonomi dan Perdagangan . Seusia dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1970 .

Pada peringkat awal penubuhannya disiplin ekonomi hanya bertaraf jabatan . Ia merupakan salah sebuah jabatan dalam Fakulti Sastera . Taraf Jabatan Ekonomi dan Perdagangan telah dinaikkan ke peringkat fakulti pada 1 Januari 1974 hasil perkembangan bidang ilmu yang pesat dalam disiplin ekonomi dan pengurusan. Fakulti baru ini dinamakan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan .

Perkembangan ilmu ekonomi dan perniagaan serta permintaan pasaran gunatenaga yang semakin menigkat telah melahirkan idea untuk memisahkan fakulti ini kepada dua buah fakulti yang berasingan iaitu Fakulti Ekonomi dan Fakulti Pengurusan Perniagaan . Pengasingan fakulti ini telah berlaku pada 16 Mei 1979 . Semenjak dari itu , kedua-dua fakulti telah berkembang dengan pesat .

Dalam tahun 1996 , pihak pengurusan UKM telah memutuskan untuk mengkaji semula dan menstrukturkan Fakulti dan Jabatan Akademik . Pada bulan Ogos 1997 , keputusan telah dibuat bahawa penggabungan fakulti akan berdasarkan susunan atau rumpun ilmu . Maka , pada tanggal 1 April 2004 , tertubuhnya Fakulti Ekonomi dan Perniagaan , iaitu gabungan Fakulti Ekonomi dan Fakulti Pengurusan Perniagaan .

Ini adalah lokasi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dalam Universiti Kebangsaan Malaysia kampus Bangi .


PENCAPAIAN KOLEJ DATO' ONN (KDO)

Berikut adalah sedikit sebanyak anugerah yang dicapai oleh Kolej Dato' Onn (KDO) :

PEMENANG TEMPAT KEDUA (KATEGORI PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN)
SEMPENA PERARAKAN MAULIDUR RASUL UKM
1431H / 2010M



ANUGERAH TEMPAT KERJA SELAMAT 2011 (KATEGORI KOLEJ)
TEMPAT KEDUA




ANUGERAH TEMPAT KERJA SELAMAT 2014 (KATEGORI KOLEJ)
TEMPAT PERTAMA


AKTIVITI DI KOLEJ DATO' ONN (KDO)

Pelbagai aktiviti dan program yang telah dan bakal dianjurkan oleh kolej ini . Antara aktiviti yang dianjurkan oleh kolej pada sesi 2015/2016 dan disertai oleh saya ialah program IM4U di Masjid Bangi Perdana , Hari Perbarisan Kemerdekaan , Program Ramah Mesra Bersama TNC HEPA ,
Majlis Sambutan Maal Hijrah bersama Ustaz Aizam Mas'ud dan banyak lagi .

Berikut adalah antara kenangan yang diabadikan oleh saya pada Hari Perbarisan Kemerdekaaan .



Banyak lagi perancangan aktiviti yang bakal dijalankan oleh Kolej Dato' Onn sama ada di dalam atau di luar UKM contohnya program HAKERA iaitu Program Hari Keluarga Dato' Onn , Penggerak Pendaulat Borneo yang bertujuan untuk membantu masyarakat Borneo meningkatkan taraf hidup mereka , Program SMART SOLAT , AKRAB dan banyak lagi . 

Yang pasti semua aktiviti yang dijalankan akan memberi kenangan terindah buat semua pelajar yang menyertainya . Semoga Kolej Dato' Onn terus maju ke hadapan dengan pelbagai lagi aktiviti menarik yang bakal dilaksnanakan !

KELEBIHAN KOLEJ DATO' ONN (KDO)



Kolej  Dato' Onn (KDO) terkenal kerana berkedudukan strategik yang berhampiran dengan padang sukan , masjid UKM , Dewan Canselor Tun Razak (DECTAR) , Panggung Seni , Bangunan PUSANIKA (Pusat Aneka Kemudahan) UKM dan juga Pusat Pentadbiran UKM . Alhamdulillah , kolej ini berdekatan dengan fakulti Ekonomi dan Pengurusan , ia hanya mengambil masa 10-15 minit untuk ke fakulti . Maka , saya boleh berjalan kaki ataupun menaiki bas untuk ke fakulti .

Kolej Dato' Onn juga menyediakan pelbagai kemudahan di kolej iaitu kafeteria , bilik eksklusif , surau , foyer kolej , bilik kebudayaan , bilik karaoke , bilik aspirasi , ruang siswi , bilik rawatan , Koperasi Kolej Dato' Onn (KUSDO) dan pelbagai lagi kemudahan yang disediakan .




KOLEJ DATO' ONN (KDO)

Saya tinggal di Kolej Dato' Onn (KDO) . Kolej ini merupakan kolej yang pertama dibina , seiring dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu pada tahun 1977 .




Kolej Dato’ Onn (KDO) merupakan Kolej Pertama yang ditubuhkan di UKM Bangi selari dengan  pemindahan Kampus UKM ke Bangi . Kolej Pertama telah ditukarkan namanya  kepada Kompleks Siswa A pada 25 November 1977 . Pada tahun 1981 , Kompleks Siswa A telah dinaiktaraf sebagai Kampung Siswa A atau lebih dikenali sebagai Kamsis A di mana kamsis tersebut telah mampu menampung 1480 orang penghuni .

Pada tahun 1986 , KDO sekali lagi menjalani proses penjenamaan apabila kamsis ini dinaiktaraf menjadi Kamsis Dato’ Onn . Kemasyhuran dan ketokohan Dato’ Onn telah menyebabkan namanya diabadikan dalam lipatan sejarah untuk terus dikenang . Justeru itu tanggal 30 Januari 1986 bersamaan 20 Jamadil Awwal 1406 Hijrah kedudukan kolej ini diperkukuhkan dengan perasmian oleh YAB Tun Hussein Onn , Perdana Menteri Malaysia ke-3 . Ini merupakan detik bersejarah sepanjang penubuhan UKM dan sejarah ini dipahat kukuh di bangunan pentadbiran Kamsis Dato’ Onn. Dengan perasmian inilah , Kamsis Dato’ Onn mula dikenali sebagai Kolej Dato’ Onn . Ia masih gah berdiri di persada UKM sehingga ke saat ini dan telah berjaya melahirkan ramai pelajar yang cemerlang dan terbilang seiring dengan hala tuju Universiti Kebangsaan Malaysia .


Kolej Dato’ Onn berpegang kepada satu moto , “PERTAMA DALAM SEMUA” untuk memandu pelajar kolej dalam melaksanakan semua urusan dengan sempurna dan cemerlang .

Wednesday, November 4, 2015

FRIEND

Sahabat .

'Sahabat itu seseorang yang tak pernah mengecewakan anda . Seseorang yang bertepuk tangan paling keras dan tak pernah mentertawakan mimpi-mimpi anda . Seseorang yang mengerti anda , kadang lebih dari anda sendiri . Seseorang yang bisa menyimpan rahsia dan selalu ada disaat-saat tersulit .'

Alhamdulillah , saya dikurniakan ramai sahabat yang baik dan memahami .






Mereka adalah sahabat susah senang saya dari sekolah rendah dan sehingga sekarang ini . Mereka tak ubah seperti keluarga yang sentiasa menyokong dan memberi nasihat dalam setiap tindakan yang dilakukan . Semoga hubungan persahabatan ini kekal hingga ke syurga , inshaAllah .

Walaupun sikap mereka terkadang menyakitkan hati namun hal itu lah yang akan merapatkan lagi hubungan antara sesama sendiri .

'Sahabat Matrik' gelaran untuk sahabat yang dikenali di Kolej Matrikulasi Pahang. Walaupun hanya setahun kami bersama , namun ikatan dan perhubungan antara satu sama lain tidak ubah bagai sebuah keluarga .
Masing-masing sudah melanjutkan pelajaran di IPT tertentu dan sibuk dengan pelajaran namun kami tetap berhubung bertanyakan khabar .



'Persahabatan tidak bermaksud siapa yang lebih lama , tapi mereka yang datang dan tidak pernah meninggalkan sisi anda' - anonymous

MY NEW GIRLFRIEND .

Alhamdulillah diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk dipertemukan dengan insan-insan yang bergelar sahabat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) .



Ya Allah , silaturrahim kami ukhuwah fillah .
Bermusuh kami nau'zubillah ,
Berpisah mati inshaAllah ,
Pengubat hati doa Rabithah .

Ya Allah , rahmati kami meniti usia .
Terpisah kami di alam nyata .
Temukan kami di taman syurga .
Ameen .