Pada pandangan saya , Fakulti Ekonomi dan Pengurusan merupakan sebuah fakulti yang unik dari segi binaan dan struktur bangunannya berbanding fakulti-fakulti lain . Fakulti ini mempunyai kemudahan yang lengkap seperti surau yang agak besar untuk menampung jumlah pelajar yang ramai , mesin air dan kemudahan lif yang lengkap .
Bangunan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan mempunyai 5 aras yang menempatkan Pusat Hal Ehwal Pelajar , Pusat Ekonomi , Pusat Perakaunan , Pusat Pentadbiran serta bilik-bilik pensyarah . Hal ini memudahkan para pelajar untuk berurusan dengan pensyarah mereka .
Fakulti ini juga bersebelahan dengan Teres Eko Niaga yang menyediakan kiosk perkhidmatan fotostat/print , dan pelbagai kiosk makanan yang menyediakan aneka juadah pilihan kepada para pelajar .
Kiosk makanan di Teres Eko Niaga bersebelahan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan .
Kiosk perkhidmatan fotostat di Teres Eko Niaga bersebelahan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan .
Tambahan pula , fakulti ini berdekatan dengan Bangunan PUSANIKA (Pusat Aneka Kemudahan) UKM dimana dapat memudahkan pelajar untuk berurusan dengan pihak luar tanpa perlu keluar dari universiti .


No comments:
Post a Comment