Saya telah menyertai Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM .
Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (PMEFEP) , UKM adalah persatuan berdaftar di bawah Pentadbiran Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) . PMFEP merupakan sebuah badan persatuan pelajar yang ditubuhkan pada 30 Disember 2004 . Persatuan ini ditubuhkan di bawah Akta Universiti & Kolej Universiti, Seksyen 53 (1) , Perlembagaan Universiti (pindaan 1998) .
Penubuhan PMFEP adalah selaras dengan penjenamaan semula nama fakulti menjadi Fakulti Ekonomi & Pengurusan pada 1 April 2004 . Sebelum tahun 2004 , persatuan pelajar telah bergerak mengikut fakulti di mana Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi (PMFE) mewakili Fakulti Ekonomi dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengurusan Perniagaan (PMFPP) mewakili Fakulti Pengurusan Perniagaan .
Matlamat penubuhan PMFEP secara umumnya untuk menjadi badan pelajar yang professional dan peka dengan kebajikan dan keharmonian warga FEP .
Melalui persatuan ini , banyak input yang saya perolehi tentang program pentadbiran perniagaan . Sebelum ini , saya telah ditawarkan untuk menyertai EXCO Kebajikan Kelab Pelajar Tahun Satu dan Kelab Siswa Siswi (KEMSIS) namun saya tidak berkesempatan untuk menyertainya kerana kesibukan peperiksaan dan tugasan kerja yang perlu disiapkan dalam masa terdekat . InshaAllah , saya akan bergiat aktif di dalam PMFEP ini pada tahun dua saya disini .
Saya juga telah menyertai Kelab Pengurusan . Tujuan saya menyertai kelab tersebut adalah untuk mendedahkan diri dengan kursus pengurusan . Tambahan pula , saya akan tetap mengambil jurusan Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) , maka ini dapat memudahkan saya untuk berinteraksi dengan senior-senior kursus tersebut untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang kursus tersebut .
No comments:
Post a Comment