Pages

Sunday, November 22, 2015

KELEBIHAN KOLEJ DATO' ONN (KDO)



Kolej  Dato' Onn (KDO) terkenal kerana berkedudukan strategik yang berhampiran dengan padang sukan , masjid UKM , Dewan Canselor Tun Razak (DECTAR) , Panggung Seni , Bangunan PUSANIKA (Pusat Aneka Kemudahan) UKM dan juga Pusat Pentadbiran UKM . Alhamdulillah , kolej ini berdekatan dengan fakulti Ekonomi dan Pengurusan , ia hanya mengambil masa 10-15 minit untuk ke fakulti . Maka , saya boleh berjalan kaki ataupun menaiki bas untuk ke fakulti .

Kolej Dato' Onn juga menyediakan pelbagai kemudahan di kolej iaitu kafeteria , bilik eksklusif , surau , foyer kolej , bilik kebudayaan , bilik karaoke , bilik aspirasi , ruang siswi , bilik rawatan , Koperasi Kolej Dato' Onn (KUSDO) dan pelbagai lagi kemudahan yang disediakan .




No comments:

Post a Comment