Pages

Sunday, November 22, 2015

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN DI FEP

Pada pendapat saya , Fakulti Ekonomi dan Pengurusan perlu diinovasikan dan ditambah baik dari segi laluan orang kurang upaya (OKU) ke kuliah atau bilik seminar . Pihak tertentu perlulah menyediakan laluan tertentu untuk memudahkan mereka bagi ke kuliah atau bilik seminar . Bagi saya , penyediaan laluan OKU di fakulti akan menambahkan semangat mereka untuk belajar kerana kemudahan yang lengkap tersedia .

Selain itu , pihak tertentu perlulah menambahkan mesin air minuman di setiap aras bangunan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan serta di setiap selang dewan kuliah . Saya dapati bahawa hanya terdapat satu sahaja mesin air minuman di fakulti ini . Hal ini untuk memudahkan pelajar membeli air minuman dengan kadar segera tanpa perlu keluar ke kiosk makanan semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan .

Seterusnya , pihak tertentu juga perlulah menyediakan mesin tambah nilai (topup) untuk para pelajar . Hal ini dapat membantu pelajar mahupun para pensyarah jika mereka mempunyai sebarang masalah kecemasan dan ketiadaan kredit di dalam baki telefon bimbit untuk membuat panggilan .

Saya juga cadangkan supaya menubuhkan Taman-Taman Hijau di sekitar fakulti . Iaitu dengan menyediakan sebuah kawasan rehat berasakan tanaman dan pokok-pokok semula jadi untuk para pelajar membuat ulangkaji pelajaran ataupun belajar . Hal ini juga dapat mendorong para pelajar supaya menghargai alam sekitar  .

Akhir sekali , saya mencadangkan supaya menambaikan kerusi dan meja di dalam dewan kuliah . Hal ini kerana saya dapati bahawa kebanyakan kerusi di dewan kuliah sudah tiada pelapik duduk .

Semoga apa yang saya cadangkan dipertimbangkan oleh pihak tertentu untuk menambaik kemudahan  di fakulti bagi memastikan para pelajar dan pensyarah selesa dengan persekitaran serta melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran .

No comments:

Post a Comment