Saya tinggal di Kolej Dato' Onn (KDO) . Kolej ini merupakan kolej yang pertama dibina , seiring dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu pada tahun 1977 .
Kolej Dato’ Onn (KDO) merupakan Kolej Pertama yang ditubuhkan di UKM Bangi selari dengan pemindahan Kampus UKM ke Bangi . Kolej Pertama telah ditukarkan namanya kepada Kompleks Siswa A pada 25 November 1977 . Pada tahun 1981 , Kompleks Siswa A telah dinaiktaraf sebagai Kampung Siswa A atau lebih dikenali sebagai Kamsis A di mana kamsis tersebut telah mampu menampung 1480 orang penghuni .
Pada tahun 1986 , KDO sekali lagi menjalani proses penjenamaan apabila kamsis ini dinaiktaraf menjadi Kamsis Dato’ Onn . Kemasyhuran dan ketokohan Dato’ Onn telah menyebabkan namanya diabadikan dalam lipatan sejarah untuk terus dikenang . Justeru itu tanggal 30 Januari 1986 bersamaan 20 Jamadil Awwal 1406 Hijrah kedudukan kolej ini diperkukuhkan dengan perasmian oleh YAB Tun Hussein Onn , Perdana Menteri Malaysia ke-3 . Ini merupakan detik bersejarah sepanjang penubuhan UKM dan sejarah ini dipahat kukuh di bangunan pentadbiran Kamsis Dato’ Onn. Dengan perasmian inilah , Kamsis Dato’ Onn mula dikenali sebagai Kolej Dato’ Onn . Ia masih gah berdiri di persada UKM sehingga ke saat ini dan telah berjaya melahirkan ramai pelajar yang cemerlang dan terbilang seiring dengan hala tuju Universiti Kebangsaan Malaysia .
Kolej Dato’ Onn berpegang kepada satu moto , “PERTAMA DALAM SEMUA” untuk memandu pelajar kolej dalam melaksanakan semua urusan dengan sempurna dan cemerlang .



No comments:
Post a Comment